Artikel ini cukup bagus sebagai pelajaran bagi diri kita semua nya... terlebih bagi seorang akhwat ... berikut simak isinya
" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" ( surah at-taubah,9:71)
Sesiapa pun satu hari ini pasti akan terpaksa berurusan dengan ikhwah. Keadaan sekarang memaksa ramai akhwat untuk berurusan dengan ikhwah baik dari segi program, majalah, syuro, liqo’ dan sebagainya.
Mana mungkin ada akhwat yang suka untuk berurusan dengan ikhwah kecuali atas urusan penting. Atas urusan dakwah. Akhwat sendiri seorang yang pemalu dan sudah pasti kalau bukan kerana terpaksa, pasti ramai yang enggan. Bukan kerana takut, tapi kerana betul-betul mahu menjaga diri dari segala panahan syaitan yang sering kali menggoda umat manusia.
Ramai akhwat yang kurang skil dalam berurusan dengan ikhwah. Ya, berurusan dengan ikhwah perlu ada skil supaya nanti tidak timbul maksiat hati atau apa sahaja.
Ber’sms’ atau call?
Ada baiknya jika mahu berurusan menggunakan handphone, pilihlah untuk ber’sms’ dari call. Ini kerana dengan sms, seorang akhwat itu tidak perlu menonjolkan suaranya. Mungkin dengan suara sahaja akan timbul pula masalah pada ikhwah itu sendiri.
Jika ia benar-benar urgent sekalipun, sms dulu. Jika si akhwat tidak membalas juga, barulah call. Sama juga halnya jika terdapat perkara yang memerlukan pemahaman, mulakan sms dahulu. Jika si akhwat tidak faham, barulah call. Tapi pada saya, saya lebih prefer jika emel dimanfaatkan sepenuhnya.
suka kalau saya kongsikan artikel dari shoutul ikhwah tentang sms merah jambu.
Emel atau ber’chatting’?
Ada seorang akhwat bercerita, dia terpaksa mem’block’ seorang ikhwah daripada berurusan melalui chatting dengan alasan chatting yang terlalu kerap atas urusan dakwah. Padahal system emel boleh dimanfaatkannya.
Ada juga akhwat, sebelum meng’approve’ seseorang dari gtalk nya, dia akan menyoal selidik siapa yang meng’add’nya. Jika benar akhwat, maka barulah di’approve’ nya.
Apa yang ditekankan di sini, cubalah memanfaatkan emel yang sedia ada dari menggunakan system chatting dalam sesuatu urusan kerana system chatting mungkin akan menimbulkan masalah di hati pada ikhwah atau akhwat itu sendiri.
Elakkan berjumpa
Siapa suka kalau dapat berjumpa dengan ikhwah? Pasti ada yang sebolehnya mengelak dari bertembung atau bertemu walaupun itu juga atas urusan dakwah seperti meminjam kereta, memberi barang, meeting dan sebagainya.
Dalam urusan memberi barang atau kunci kenderaan, ada skil sebenarnya bagi mengelakkan berjumpa. Contoh dalam urusan meminjam kenderaan, tidak perlu seorang akhwat itu terus berjumpa secara lansung dengan ikhwah itu hanya untuk memberi kunci kenderaan atau barang. Sebaiknya letakkan kunci itu di tempat yang selamat atau tinggalkannya di dalam kereta bagi mengelakkan diri yang memberi bertembung dengan diri yang menerima. Apatah lagi jika akhwat itu berseorangan.
berurusanlah sepuasnya bila telah bernikah
Saya bukan menhalang jika ikhwah dan akhwat itu mahu berjumpa atas urusan yang tersangat urgent, tapi sebaiknya elakkan untuk berjumpa. jika terpaksa, bawalah peneman yang boleh mengingatkan dan memantau atas urusan apakah itu.
Jika program bercampur sekalipun, batasan tetap dijaga. Ikhwah dan akhwat dipisahkan dengan tabir dan kedudukan ikhwah di depan dan akhwat di belakang bagi mengelakkan zina mata. Bagaimana pula diluar program, bukankah kita lebih patut menjaga?
Waktu 12 malam dan “smiley”
Berurusan dengan ikhwah perlu tidak melebihi jam 12 malam. Itu pesan seorang ikhwah pada saya semasa pengisian halaqah. Sememangnya itu adalah waktu tidur dan tak perlulah di ganggu. Tapi mungkin ada sebab yang lebih penting dari itu dan hanya ikhwah sahaja tahu apakah itu.
Dan juga dalam berurusan, samada emel, chatting atau sms, tidak perlulah meletakkan ikon “smiley” dalam mesej anda. Jangan pernah cuba. Kerana ini menunjukkan kurangnya ketegasan anda dalam berurusan. Banyak ikon-ikon “smiley” seperti ^^, ^__^, (‘,’) dan banyak lagi yang suka akhwat letak kononya tunjuk mesra.
Bagaimana jika ikhwah itu murobbi kamu?
Ada sesetengah akhwat terpaksa dapat ikhwah sebagai murobbi. Ingat, layanan anda takkan terlebih seperti anda berurusan dengan seorang ikhwah biasa. Malah seorang akhwat itu sepatutnya lebih menjaga dan lebih berhati-hati kerana kekerapan berjumpa dalam halaqah atau urusan lain mungkin boleh menimbulkan masalah-masalah lain. Isteri seorang murobbi juga bakal cemburu disebabkan perjumpaan atau urusan yang terlalu kerap seorang suami dengan mutorobiyahnya padahal urusan itu boleh sahaja diselesaikan di dalam halaqah.
Nasihat buat murobbi, hadkan penggunaan call dan guna alternatif emel dan sms bagi segala musykilah atau urusan. Jangan pernah ingat batasan anda dengan mutorobbiyah akan berkurang jika anda adalah murobbi kepada akhwat itu. cumanya, masalah dan musykilah itu tetap perlu dikongsi bersama selagi mana ia adalah untuk kemaslahatan dakwah bersama.
akhwat perlu menjaga diri dan kena pandai mengawal emosi
Penutup: pilihan terletak pada anda
Ini pandangan saya. Saya tidak memaksa untuk anda ikut. Cuma, anda boleh mengambil skil ini untuk diaplikasikan jika berurusan dengan ikhwah. Kalau bukan kita yang menjaga, kita mahu mengharapkan ikhwah menjaga? Pasti tidak..
Diagnosis diri ku dan dirimu. Adakah kau betul menjaga dirimu dalam berurusan dengan ikhwah? Kalau ya, Alhamdulillah. Kalau tidak, fikir-fikirkanlah..
0 comments:
Post a Comment